Followers

Wednesday 2 May 2012





Telah diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Anas bin Malik ra bahwa ia berkata: Pernah seorang laki-laki datang kepada Rasulullah lalu bertanya: Wahai Rasulullah kapan hari kiamat datang? Beliau bersabda: Apa yang kamu persiapkan untuknya? Ia menjawab: cinta kepada Allah dan cinta kepada Rasul-Nya. Beliau bersabda: Engkau akan bersama orang yang kamu cintai. (*)


Rasulullah bersabda, bagaimana untuk dapat merasakan manisnya iman : menjadikan Allah dan Rasul sebagai yang paling dicintai, tidak mencintai sesuatu selain karena Allah, membenci kembali kepada kekufuran sebagaimaan membenci api neraka. (HR Bukhari)

Sunday 25 March 2012

HAMBAMU


Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah

MENCIPTA KEJAYAAN


Tiada kejayaan tanpa kerja dan usaha. Sejauh mana kerja dan usaha kita, sejauh itulah kejayaan yang bakal kita perolehi. Dalam satu kaedah para ulamak, disebutkan bahawa: “الجزاء من جنس العمل” (Balasan / ganjaran yang diperolehi bergantung kepada usaha / kerja yang setimpal dengannya).

Setiap sesuatu berlaku dengan ketentuan daripada Allah taala. Kenyang dan lapar adalah ketentuan Allah. Begitu juga sakit dan sihat, tenang dan resah, suka dan duka, berjaya dan gagal, susah dan senang, miskin dan kaya, hidup dan mati dan sebagainya; semuanya adalah ketentuan Allah taala. Semua ketentuan ini ada sebab-sebabnya masing-masing. Bersama Musabbabat diciptakan Asbab.

Allah taala mencipta ketentuan-ketentuannya tadi secara berpasangan dan kemudiannya ia memberi peluang kepada manusia untuk memilih / menentukan mana satu ketentuan yang ia suka atau kehendaki dengan berta’amul dengan sebab-sebab yang dicipta bersama-sama dengan semua ketentuan. Seseorang yang ingin menjadi kaya, ia hendaklah melakukan sebab-sebab yang boleh membawa kepada kekayaan. Begitu juga dengan ketentuan yang lainnya.

Manusia boleh mengelak daripada satu ketentuan kepada satu ketentuan yang lain; daripada ketentuan yang baik kepada ketentuan yang buruk atau sebaliknya. Begitu juga manusia boleh menolak satu ketentuan dengan satu ketentuan yang lain. Berkata Imam ibnu Qayyim al Jauzi: “Orang yang benar-benar faqeh (bijaksana) ialah orang yang menolak sesuatu qadar (ketentuan) dengan qadar yang lain, mengangkat satu qadar dengan qadar yang lain dan menentang satu qadar dengan satu qadar yang lain. Bahkan manusia tidak akan berupaya untuk hidup tanpa melakukan tindakan yang sebegini. Ini kerana lapar, dahaga, sejuk dan lain-lain lagi perkara yang ditakuti dan dibimbangi oleh manusia, semuanya adalah tergolong di dalam qadar dan semua makhluk berusaha untuk menolak qadar-qadar ini dengan beralih kepada qadar-qadar yang lain (yang mengembirakan)”.

Kita boleh mengelak daripada qadar (ketentuan) gagal dengan beralih kepada qadar berjaya.Untuk sampai kepada qadar berjaya kita hendaklah berta’amul dengan sebab-sebab kejayaan iaitu usaha dan amal. Seseorang muslim diajar supaya melakukan dua amal (kerja) untuk memastikan kejayaannya:-
1. Amal anggota (الجوارح) iaitu الأخذ بالاسباب (mengambil dan melakukan segala sebab-sebab yang membawa kepada kejayaaan).
2. Amal hati (القلب) iaitu bertawakal kepada Allah dan mengharapkan pertolongannya.

Sunday 18 March 2012

PENTINGNYA WAKTU

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa